Setiap kali menjelangnya tahun baru, ramai yang berazam untuk menurunkan berat badan kan?
Namun ramai juga yang azam hanya tinggal azam sahaja.
Di manakah silapnya?
Biasanya ramai yang nak turunkan berat badan secara drastik. Nak kurus cepat. Mulalah cari produk yang bukan-bukan sehingga memudaratkan badan.
Teman,
Nak kurus ni bukan ambil masa seminggu atau sebulan. Berat badan pun ambil masa bertahun-tahun untuk naik kan? Inikan pula untuk turunkan berat badan. Berikan tempoh tertentu untuk turunkan berat badan. Dan pastinya ada liku-liku dan cabaran di sepanjang perjalanan.
Apakah cara terbaik untuk turunkan berat badan?
Menurut pakar pemakanan, cara terbaik untuk turunkan berat badan ialah dengan melengkapkan semua makronutrien yang diperlukan oleh badan dengan betul. Kita akan belajar tentang makronutrien tersebut di dalam bab yang lain nanti.
Namun yang paling penting kita kena faham, menurunkan berat badan haruslah ada tempoh, ada sasaran dan ada perancangan.
Di dalam ebook ini saya kongsikan pengalaman saya sendiri menurunkan 20 kg berat badan dengan cara eat clean, senaman dan suplemen.
Pada pendapat saya, untuk turunkan berat badan, kita perlu jaga
-pemakanan 60%
-senaman/gaya hidup 20%
-suplemen 20%
Saya kongsikan serba sedikit kisah saya menurunkan berat badan dengan eat clean.
Proses mengandung, keguguran yang berulang, menyusu anak membuatkan saya sentiasa mencari alasan untuk tidak menghiraukan masalah berat badan saya. Namun pada suatu hari, saya berpeluang pergi ke Karnival Kesihatan yang dianjurkan oleh Shaklee, saya mendapati tahap Visceral Fat (lemak perut) saya di tahap yang paling tinggi dan membimbangkan.
Tanpa berlengah lagi saya mengambil keputusan untuk mencari seorang cikgu kurus yang boleh membantu saya menurunkan berat badan. Guru pertama saya ialah Cikgu Yun (Facebook Fatin Ayuni). Saya mengikut kelas kurus secara online selama 21 hari. Alhamdulillah, saya berjaya menurunkan 5 kilogram dalam masa 21 hari tu.
Dan seterusnya saya berguru lagi dengan pakar pemakanan, cikgu-cikgu kurus yang lain pula. Alhamdulillah saya berjaya menurunkan berat sehingga 20 kilogram dalam masa kurang dari satu tahun.
Rahsia?
Semua rahsia akan saya kongsikan di dalam ebook ini tanpa berselindung sedikit pun. Jika anda benar-benar ingin menurunkan berat badan, hadamlah ebook ini dan lakukan segala apa yang saya sarankan. Jika saya mampu, anda semua pun PASTI mampu melakukannya.