1. Berlapar/Makan Terlalu Sedikit
Sebenarnya berlapar atau makan terlalu sedikit akan menyebabkan berat badan langsung tidak turun atau makin naik. Ini adalah kerana kadar metabolisme akan menurun jika kita tidak makan. Apabila kita tidak makan dengan hidangan yang betul, kita akan terasa lapar dan tidak dapat mengawal nafsu makan. Akhirnya kita makan lebih banyak dan berat badan akan naik pula. Bukannya turun.
2. Makan Makanan Tertentu Sahaja
Pernah dengar DIET EPAL? Makan 1 biji epal je sehari. Atau makan sup sayur sahaja setiap hari. Lapar kan? Hanya sebiji epal tak mampu mengenyangkan kita, malah akan menyebabkan kadar metabolisme juga akan menurun. Kita mungkin akan turun berat badan hanya dengan 1 biji epal sehari tetapi kita akan kekurangan nutrien dalam badan dan menjadikan diri kita tidak sihat. Sebaiknya makan mengikut keperluan makanan yang betul, hanya perlu mengawal jumlah makanaan yang diambil.
3. Kawal Pemakanan Sepanjang Berdiet Sahaja
Sepanjang berdiet, kawal pengambilan makanan. Kurangkan gula, kurangkan garam dan mengambil jumlah makanan yang betul. Tetapi apabila sudah mencapai berat yang diingini, terus berlagak seperti orang tak makan 5 hari. Semua benda kita makan. Akhirnya diet tak kemana. Makin gemuk pula.
Kawal pemakanan bukan hanya semasa berdiet sahaja, ia seharusnya dilakukan secara berterusan. Bukannya langsung tidak boleh ambil makanan yang tinggi kalori sesekali, tetapi kena beringat-ingat. Jangan sampai lupa diri.
4. Elakkan karbohidrat seperti nasi dan roti
Ini memang saya pernah buat zaman bujang dulu.. Maklumlah kurang ilmu. Masa tu kurang pendedahan info secara online ni. Saya hanya makan nasi sekali seminggu sahaja. Berat memang turun sebab saya aktif bersenam.
Tapi yang silapnya, badan kita juga memerlukan karbohidrat. Cuma cara pengambilan karbohidrat tu kena pastikan ianya betul. Jika ambil nasi, hanya ambil segenggam tangan kita.
Dan silapnya kita, tak ambil nasi tapi ganti dengan mee, kuey tiaw dan lain-lain. Sebenarnya nasi lebih baik berbanding mee tersebut jika diambil dengan cara yang betul.
5. Tidak Mencari Info Yang Betul Untuk Turunkan Berat
Saya juga pernah buat. Kurang info yang betul untuk turunkan berat badan.
Sepatutnya cari info yang betul dan tepat untuk menurunkan berat badan. Cari cara makan yang betul, senaman yang perlu untuk turun berat dengan sihat dan cepat.
Kalau ada jurulatih lagi bagus.
6. Malas Bersenam
Nak kurangkan berat badan hanya dengan cara kurangkan makan sahaja. Langsung tidak mahu bersenam. Sepatutnya bersenam menjadi rutin harian kita. Sekurang-kurangnya 4x seminggu dalam tempoh 30 minit setiap sesi.
7. Ambil Sup Sahaja
Ini memang kesilapan besar. Yang sebenarnya kita perlu makan isinya sama ada sup sayur ke, sup ayam ke, sup daging ke. Bukannya makan supnya sahaja. Amalan songsang dengan cara pemakanan yang betul untuk diet ni.
8. Salahkan Makanan Tambahan
Semasa mengambil makanan tambahan seperti protein untuk menurunkan berat badan, kita jaga jadual harian kita dengan senaman setiap hari dan makan dengan betul. Tetapi bila dah dapat berat idaman sepanjang mengambil makanan tambahan, kita kembali kepada tabiat lama kita. Lepas tu kita salahkan makanan tambahan tu yang membuatkan kita gemuk semula.
Biasa dengar tak?
Aku makan produk xxx dulu, bila dah stop je badan naik balik.
Biasa dengar kan? Padahal kita silap. Masa kita ambil makanan tambahan tu, kita punyalah jaga makan minum. Bersenam secara rutin. Lepas tu semuanya kita lupakan dan kita salahkan makanan tambahan tersebut sebab berat kita dah naik semula.
No comments:
Post a Comment