07 September 2018

Penyediaan Bahan Untuk Menu Eat Clean

Pemilihan bahan yang clean adalah penting dalam menyediakan menu eat clean. Ini adalah untuk memastikan jumlah kalori keseluruhan menu adalah rendah dan tiada pembaziran kalori.

Karbohidrat

Roti gandum penuh (wholemeal)
Beras perang

Protein

Dada ayam (bahagian yang kurang lemak)
Semua jenis ikan

Serat

Semua jenis sayuran dan buah-buahan boleh diambil.

Cuma hati-hati dengan pengambilan kentang, labu dan lobak merah kerana sayur ini adalah kategori karbohidrat.

Lemak

Minyak zaitun
Kekacang


Menu Eat Clean : Hari 21

Sarapan :


Cinch Shake bersama oat

1 scoop Cinch cafe latte
1 scoop ESP
200ml susu segar
200ml ais sejuk
2 sudu besar rolled oat

Blend kesemua bahan dan sedia untuk dihidangkan.

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Bebola tuna pedas

Resepi Bebola Tuna Pedas

Bahan-bahan :
1 tin tuna in water
1/2 biji bawang besar-cincang halus
1/2 biji lada benggal-cincang halus
Serbuk paprika
Serbuk cili
1 biji telur


Cara-cara :
Hancurkan tuna.
Gaulkan bersama serbuk cili, serbuk paprika dan bahan cincang.
Masukkan telur dan gaul sebati.
Bulatkan seperti bebola
Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun di dalam kuali non stik.
Masukkan bebola tuna dan goreng sehingga masak.

Snek :

1 potong nenas
6-8 biji kacang badam
3 keping dark chocolate

Menu Eat Clean : Hari 20

Sarapan :


Banana Smoothie

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Ikan bakar berlada

Resepi Ikan Bakar Berlada


Bahan-bahan :
200g ikan tenggiri/salmon/tilapia/kembung
Serbuk kunyit
Secubit garam dan gula
3-4 biji cili merah
1 biji tomato
3-4 biji cili padi (optional)

Cara-cara
Perap ikan bersama-sama serbuk kunyit dan sedikit garam
Bakar di atas kuali non stick sehingga masak.
Blend cili merah , tomato , cili padi bersama sedikit air
Panaskan minyak dan masak sambal sehingga sedikit kering
Tuangkan di atas ikan bakar.

Snek :

1 biji oren
6-8 biji anggur
2 keping biskut oat

Menu Eat Clean : Hari 19

Sarapan :


Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Ayam kukus bersama sayur

Resepi Ayam Kukus


Bahan-bahan :
1 keping dada ayam
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Lada hitam
Sedikit garam
Bunga kobis
Brokoli
Lobak merah

Cara-cara :
Tumbuk bawang putih, halia dan lada hitam.
Lumurkan bahan tumbuk pada ayam.
Kukus selama 10 minit atau sehingga ayam masak, masukkan sayur-sayuran.
Kukus lagi 3-5 minit.



Snek :

1 biji epal hijau
3 keping biskut cream cracker dengan susu segar
1 potong tembikai

Isi Kandungan

Isi Kandungan

Pengenalan

Bab 1 : Eat Clean

Bab 2 : Strategi Kurus Berkesan

Bab 3 : Menu Eat Clean 21 Hari

Bab 4 : Rancang Kurus Dengan Eat Clean

Bab 5 : Motivasi Dan Inspirasi

Biodata Penulis

06 September 2018

Pengenalan

Setiap kali menjelangnya tahun baru, ramai yang berazam untuk menurunkan berat badan kan?
Namun ramai juga yang azam hanya tinggal azam sahaja.

Di manakah silapnya?

Biasanya ramai yang nak turunkan berat badan secara drastik. Nak kurus cepat. Mulalah cari produk yang bukan-bukan sehingga memudaratkan badan.

Teman,
Nak kurus ni bukan ambil masa seminggu atau sebulan. Berat badan pun ambil masa bertahun-tahun untuk naik kan? Inikan pula untuk turunkan berat badan. Berikan tempoh tertentu untuk turunkan berat badan. Dan pastinya ada liku-liku dan cabaran di sepanjang perjalanan.

Apakah cara terbaik untuk turunkan berat badan?

Menurut pakar pemakanan, cara terbaik untuk turunkan berat badan ialah dengan melengkapkan semua makronutrien yang diperlukan oleh badan dengan betul. Kita akan belajar tentang makronutrien tersebut di dalam bab yang lain nanti.

Namun yang paling penting kita kena faham, menurunkan berat badan haruslah ada tempoh, ada sasaran dan ada perancangan.

Di dalam ebook ini saya kongsikan pengalaman saya sendiri menurunkan 20 kg berat badan dengan cara eat clean, senaman dan suplemen.

Pada pendapat saya, untuk turunkan berat badan, kita perlu jaga
-pemakanan 60%
-senaman/gaya hidup 20%
-suplemen 20%

Saya kongsikan serba sedikit kisah saya menurunkan berat badan dengan eat clean.

Proses mengandung, keguguran yang berulang, menyusu anak membuatkan saya sentiasa mencari alasan untuk tidak menghiraukan masalah berat badan saya. Namun pada suatu hari, saya berpeluang pergi ke Karnival Kesihatan yang dianjurkan oleh Shaklee, saya mendapati tahap Visceral Fat (lemak perut) saya di tahap yang paling tinggi dan membimbangkan.

Tanpa berlengah lagi saya mengambil keputusan untuk mencari seorang cikgu kurus yang boleh membantu saya menurunkan berat badan. Guru pertama saya ialah Cikgu Yun (Facebook Fatin Ayuni). Saya mengikut kelas kurus secara online selama 21 hari. Alhamdulillah, saya berjaya menurunkan 5 kilogram dalam masa 21 hari tu.

Dan seterusnya saya berguru lagi dengan pakar pemakanan, cikgu-cikgu kurus yang lain pula. Alhamdulillah saya berjaya menurunkan berat sehingga 20 kilogram dalam masa kurang dari satu tahun.

Rahsia?
Semua rahsia akan saya kongsikan di dalam ebook ini tanpa berselindung sedikit pun. Jika anda benar-benar ingin menurunkan berat badan, hadamlah ebook ini dan lakukan segala apa yang saya sarankan. Jika saya mampu, anda semua pun PASTI mampu melakukannya.

Biodata Penulis

Laila Ismail

Berasal dari Terengganu. Mempunyai 4 orang anak. Bekas jurutera di sebuah syarikat Jepun yang terkemuka di Johor. Kini menjalankan bisnes online dari rumah sepenuh masa sambil menjaga 4 orang anak di rumah. 

Sebagai seorang ibu, proses mengandung, menyusukan anak menjadikan satu alasan besar untuk tidak mengendahkan kenaikan berat badan sehingga ke tahap obesiti. Setelah tersedar diri dalam keadaan bahaya, beliau mengambil inisiatif untuk menurunkan berat badan secara sihat dan betul. 

Beliau berpengalaman menurunkan berat badan sehingga 20 kilogram dalam masa kurang setahun. Beliau ingin kongsikan pengalaman menurunkan berat cara sihat supaya lebih ramai yang berjaya mengurangkan berat badan tanpa perlu berlapar.

Semoga dengan perkongsian beliau secara terperinci ini berjaya membantu ramai orang mencapai berat ideal dan berat idaman masing-masing.


Kesilapan Besar Dalam Menurunkan Berat Badan

1. Berlapar/Makan Terlalu Sedikit

Sebenarnya berlapar atau makan terlalu sedikit akan menyebabkan berat badan langsung tidak turun atau makin naik. Ini adalah kerana kadar metabolisme akan menurun jika kita tidak makan. Apabila kita tidak makan dengan hidangan yang betul, kita akan terasa lapar dan tidak dapat mengawal nafsu makan. Akhirnya kita makan lebih banyak dan berat badan akan naik pula. Bukannya turun.

2. Makan Makanan Tertentu Sahaja

Pernah dengar DIET EPAL? Makan 1 biji epal je sehari. Atau makan sup sayur sahaja setiap hari. Lapar kan? Hanya sebiji epal tak mampu mengenyangkan kita, malah akan menyebabkan kadar metabolisme juga akan menurun. Kita mungkin akan turun berat badan hanya dengan 1 biji epal sehari tetapi kita akan kekurangan nutrien dalam badan dan menjadikan diri kita tidak sihat. Sebaiknya makan mengikut keperluan makanan yang betul, hanya perlu mengawal jumlah makanaan yang diambil.

3. Kawal Pemakanan Sepanjang Berdiet Sahaja

Sepanjang berdiet, kawal pengambilan makanan. Kurangkan gula, kurangkan garam dan mengambil jumlah makanan yang betul. Tetapi apabila sudah mencapai berat yang diingini, terus berlagak seperti orang tak makan 5 hari. Semua benda kita makan. Akhirnya diet tak kemana. Makin gemuk pula.
Kawal pemakanan bukan hanya semasa berdiet sahaja, ia seharusnya dilakukan secara berterusan. Bukannya langsung tidak boleh ambil makanan yang tinggi kalori sesekali, tetapi kena beringat-ingat. Jangan sampai lupa diri.

4. Elakkan karbohidrat seperti nasi dan roti

Ini memang saya pernah buat zaman bujang dulu.. Maklumlah kurang ilmu. Masa tu kurang pendedahan info secara online ni. Saya hanya makan nasi sekali seminggu sahaja. Berat memang turun sebab saya aktif bersenam.
Tapi yang silapnya, badan kita juga memerlukan karbohidrat. Cuma cara pengambilan karbohidrat tu kena pastikan ianya betul. Jika ambil nasi, hanya ambil segenggam tangan kita. 
Dan silapnya kita, tak ambil nasi tapi ganti dengan mee, kuey tiaw dan lain-lain. Sebenarnya nasi lebih baik berbanding mee tersebut jika diambil dengan cara yang betul.

5. Tidak Mencari Info Yang Betul Untuk Turunkan Berat

Saya juga pernah buat. Kurang info yang betul untuk turunkan berat badan.
Sepatutnya cari info yang betul dan tepat untuk menurunkan berat badan. Cari cara makan yang betul, senaman yang perlu untuk turun berat dengan sihat dan cepat.
Kalau ada jurulatih lagi bagus.

6. Malas Bersenam

Nak kurangkan berat badan hanya dengan cara kurangkan makan sahaja. Langsung tidak mahu bersenam. Sepatutnya bersenam menjadi rutin harian kita. Sekurang-kurangnya 4x seminggu dalam tempoh 30 minit setiap sesi.

7. Ambil Sup Sahaja

Ini memang kesilapan besar. Yang sebenarnya kita perlu makan isinya sama ada sup sayur ke, sup ayam ke, sup daging ke. Bukannya makan supnya sahaja. Amalan songsang dengan cara pemakanan yang betul untuk diet ni.

8. Salahkan Makanan Tambahan

Semasa mengambil makanan tambahan seperti protein untuk menurunkan berat badan, kita jaga jadual harian kita dengan senaman setiap hari dan makan dengan betul. Tetapi bila dah dapat berat idaman sepanjang mengambil makanan tambahan, kita kembali kepada tabiat lama kita. Lepas tu kita salahkan makanan tambahan tu yang membuatkan kita gemuk semula.
Biasa dengar tak?
Aku makan produk xxx dulu, bila dah stop je badan naik balik.
Biasa dengar kan? Padahal kita silap. Masa kita ambil makanan tambahan tu, kita punyalah jaga makan minum. Bersenam secara rutin. Lepas tu semuanya kita lupakan dan kita salahkan makanan tambahan tersebut sebab berat kita dah naik semula.

05 September 2018

Menu Eat Clean : Hari 18

Sarapan :


2 keping roti telur (french toast)

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Ayam bakar rempah

Resepi Ayam Bakar Rempah

Bahan-bahan :
1 keping dada ayam
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Serbuk kari
Serbuk cili
Serbuk paprika


Cara-cara :
Perap ayam dengan rempah kari, bawang putih, halia, serbuk cili dan paprika selama 30 minit.
Bakar di dalam kuali non stick.

Snek :

1 biji buah oren
3 keping dark chocolate
6-8 biji anggur

02 September 2018

Menu Eat Clean : Hari 17

Sarapan :


1 keping capati
2 biji telur rebus

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Daging bakar air asam

Resepi Daging Bakar Air Asam

Bahan-bahan

200-250g daging lembu
½ sudu besar serbuk kari
½ sudu serbuk kunyit
3-5 biji cili padi (boleh tambah jika suka pedas)
1 biji tomato
1 biji cili hijau
½ biji bawang besar , 2 ulas bawang putih
½ cawan air asam jawa / air perahan lemon
Garam gula secukup rasa

Cara-cara:
Daging Bakar
Marinate daging bersama-sama serbuk kunyit dan serbuk kari
Marinate selama 30min (min)
Bakar pada suhu 180c selama 12-15minit (bergantung kepada ketebalan daging)

Snek :

6-8 biji kacang badam
1 biji buah naga saiz sederhana
2 keping biskut oat

Menu Eat Clean : Hari

Sarapan :


Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi

Snek :

Menu Eat Clean : Hari 16

Sarapan :


2 keping roti bakar
1 sudu besar peanut butter (tanpa gula/kurang gula)

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
1 keping ikan salmon bakar (boleh tukar kepada ikan yang disukai)
Salad/Ulam-ulaman
Sedikit sambal belacan

Snek :

1 biji epal hijau
2 biji telur rebus
3 keping biskut cream cracker