07 August 2018

Cara Mengira Keperluan Kalori Harian (DCR)

Sebelum kita menentukan nilai keperluan kalori harian kita (DCR), kita perlu mengetahui dahulu berapakah nilai tenaga minimum yang diperlukan oleh badan kita untuk hidup yang dikenali sebagai Basal Metabolic Rate (BMR).

Nilai BMR ini juga termasuk kalori yang diperlukan untuk kita tidur, bernafas, degupan jantung dan lain-lain. Jika tenaga (nilai kalori) yang kita ambil kurang daripada BMR, ia boleh mengganggu sistem badan kita.

Cara Mengira Keperluan Kalori Harian


Langkah 1 :

Biasanya kita gunakan formula di bawah untuk menentukan nilai BMR terlebih dahulu.

Lelaki
BMR = (10 x Berat (kg)) + (6.25 x Tinggi (cm)) - (5 x Umur) + 5

Perempuan
BMR = (10 x Berat (kg)) + (6.25 x Tinggi (cm)) - (5 x Umur) - 161

Langkah 2 :

Darabkan BMR yang kita dapat di Langkah 1 dengan kadar aktiviti harian anda. Hasil darab inilah yang dipanggil DCR.


Pasif BMR x 1.2 (Kurang/tidak bersenam lansung)
Aktif = BMR x 1.375 (Bersenam/bersukan 1 hingga 3 kali seminggu)
Sederhana Aktif BMR x 1.55 (Bersenam/bersukan 3 hingga 5 kali seminggu)
Sangat Aktif = BMR x 1.725 (Bersenam/bersukan 6 hingga 7 kali seminggu)
Terlalu Aktif = BMR x 1.9 (Melakukan senaman atau latihan kecergasan fizikal yang berat dan kerap setiap hari)

No comments:

Post a Comment