02 August 2018

Perkara Yang Wajib Anda Tahu Untuk Kuruskan Badan

Apa yang menyebabkan berat badan kita bertambah?

Jom kita pelajari dengan lebih dalam tentang perkara asas dalam menurunkan berat badan. Jika kita tahu asas menurunkan berat badan ni, kita mudah untuk mengawal kenaikan berat badan kita.

Percayalah!

Apakah itu TENAGA?

1. Tenaga juga dikenali sebagai kalori. Jadi tenaga dan kalori adalah benda yang sama sahaja.

2. Unit bagi tenaga/kalori ialah kcal atau kjoule. Di Malaysia, kita biasa gunakan kcal.

3. Asas bagi kenaikan atau penurunan berat badan ialah keseimbangan tenaga. Saya gunakan perkataan tenaga ini kepada kalori ya. Sebab kita selalu dengar kalori berbanding tenaga. Jadi lebih mudah faham.

4. Kenaikan berat badan adalah hanya disebabkan oleh 3 makronutrien utama yang kita makan setiap hari iaitu
-karbohidrat
-protin
-lemak

5. Jumlah tenaga yang disumbangkan oleh 3 makronutrien di atas.
-1 gram karbohidrat menyumbangkan 4 kcal
-1 gram protin menyumbangkan 4 kcal
-1 gram lemak menyumbangkan 9 kcal

Jadi, lemak adalah sebenarnya penyumbang utama kepada kegemukan kerana pengambilan lemak yang tinggi akan menyebabkan kalori yang kita ambil semakin bertambah.

Ramai di antara kita yang ingin menurunkan berat badan cuba mengelak daripada makan nasi atau karbohidrat. Ternyata tanggapan ini adalah salah sama sekali kerana karbohidrat dan protin adalah sama sahaja, menyumbang 4 kcal untuk setiap 1 gram karbohidrat atau protin yang kita ambil.

No comments:

Post a Comment