Sebelum memulakan program diet, seelok-eloknya kita perlu ambil tahu tentang apa yang badan kita perlukan dan fakta tentang lemak dalam proses menurunkan berat badan. Jadi kita tidaklah diet dengan cara yang salah kan?
Salah satunya perkara yang WAJIB kita ambil tahu ialah tentang LEMAK. Kita semua tahu bahawa lemak ni menyumbang kepada kegemukan seseorang.
Tapi tahukah anda yang
- LEMAK ini umpama benda hidup?
- LEMAK ini tidak mungkin akan keluar dari badan kita selamanya?
- LEMAK ini hanya boleh mengembang dan mengecil sahaja? Umpama BELON!
- LEMAK ini memang sangat membahayakan? Yang ini je kan biasanya kita ambl berat. Dan kita cuba sedaya upaya menyingkirkan lemak dari badan dengan pelbagai cara.
1. Jumlah sel lemak adalah sama sahaja cuma sel lemak akan mengecil apabila kita menjaga pemakanan dan gaya hidup aktif.
2. Sel lemak akan mengembang jika kita tidak aktif, kesannya berat badan akan bertambah.
3. Sel lemak ini akan terus bertambah dari masa ke semasa jika kita makan makanan yang berlemak. Kesannya, kalau kita ada masalah berat badan, maka makin bertambahlah berat badan kita.
4. Sel lemak terbina sejak kita dalam kandungan lagi dan harus dikawal di awal usia kanak-kanak. Oleh kerana itulah ibu bapa dinasihatkan supaya menjaga pemakanan anak-anak agar tidak obes.
5. Jika kita mengalami masalah obesiti sejak kecil, adalah tidak mustahil kita akan terus obes sehingga dewasa jika tidak mengubah cara hidup dan pemakanan. Kenapa? Kembali kepada teori no 1, 2 dan 3 di atas.
Jadi,
Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mencegah Sel Lemak Bertambah atau Mengembang?
Amalkan gaya hidup sihat dan aktif
Jika pernah mengalami obesiti, dan berjaya turunkan berat badan ke berat ideal, adalah tidak mustahil akan kembali obes jika tidak dijaga. Sebab? Sebab sel lemak kan tidak pernah berkurang. Ingat tak? Ia akan mengembang semula dan akan menyebabkan pertambahan berat badan.
Elakkan Makanan Berlemak
Dalam usaha mengelakkan sel lemak bertambah, kita harus menjaga pemakanan kita. Kerana dari pemakanan sel lemak akan bertambah dan semakin bertambah.
Kesimpulannya yang perlu kita ingat ialah SEL LEMAK INI TIDAK PERNAH BERKURANG, ia kekal dalam jumlah yang sama sejak kita kecil. Cuma yang membezakan kita gemuk atau kurus ini adalah sel lemak itu kecil atau sedang mengembang.
No comments:
Post a Comment