07 September 2018

Penyediaan Bahan Untuk Menu Eat Clean

Pemilihan bahan yang clean adalah penting dalam menyediakan menu eat clean. Ini adalah untuk memastikan jumlah kalori keseluruhan menu adalah rendah dan tiada pembaziran kalori.

Karbohidrat

Roti gandum penuh (wholemeal)
Beras perang

Protein

Dada ayam (bahagian yang kurang lemak)
Semua jenis ikan

Serat

Semua jenis sayuran dan buah-buahan boleh diambil.

Cuma hati-hati dengan pengambilan kentang, labu dan lobak merah kerana sayur ini adalah kategori karbohidrat.

Lemak

Minyak zaitun
Kekacang


Menu Eat Clean : Hari 21

Sarapan :


Cinch Shake bersama oat

1 scoop Cinch cafe latte
1 scoop ESP
200ml susu segar
200ml ais sejuk
2 sudu besar rolled oat

Blend kesemua bahan dan sedia untuk dihidangkan.

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Bebola tuna pedas

Resepi Bebola Tuna Pedas

Bahan-bahan :
1 tin tuna in water
1/2 biji bawang besar-cincang halus
1/2 biji lada benggal-cincang halus
Serbuk paprika
Serbuk cili
1 biji telur


Cara-cara :
Hancurkan tuna.
Gaulkan bersama serbuk cili, serbuk paprika dan bahan cincang.
Masukkan telur dan gaul sebati.
Bulatkan seperti bebola
Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun di dalam kuali non stik.
Masukkan bebola tuna dan goreng sehingga masak.

Snek :

1 potong nenas
6-8 biji kacang badam
3 keping dark chocolate

Menu Eat Clean : Hari 20

Sarapan :


Banana Smoothie

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Ikan bakar berlada

Resepi Ikan Bakar Berlada


Bahan-bahan :
200g ikan tenggiri/salmon/tilapia/kembung
Serbuk kunyit
Secubit garam dan gula
3-4 biji cili merah
1 biji tomato
3-4 biji cili padi (optional)

Cara-cara
Perap ikan bersama-sama serbuk kunyit dan sedikit garam
Bakar di atas kuali non stick sehingga masak.
Blend cili merah , tomato , cili padi bersama sedikit air
Panaskan minyak dan masak sambal sehingga sedikit kering
Tuangkan di atas ikan bakar.

Snek :

1 biji oren
6-8 biji anggur
2 keping biskut oat

Menu Eat Clean : Hari 19

Sarapan :


Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Ayam kukus bersama sayur

Resepi Ayam Kukus


Bahan-bahan :
1 keping dada ayam
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Lada hitam
Sedikit garam
Bunga kobis
Brokoli
Lobak merah

Cara-cara :
Tumbuk bawang putih, halia dan lada hitam.
Lumurkan bahan tumbuk pada ayam.
Kukus selama 10 minit atau sehingga ayam masak, masukkan sayur-sayuran.
Kukus lagi 3-5 minit.



Snek :

1 biji epal hijau
3 keping biskut cream cracker dengan susu segar
1 potong tembikai

Isi Kandungan

Isi Kandungan

Pengenalan

Bab 1 : Eat Clean

Bab 2 : Strategi Kurus Berkesan

Bab 3 : Menu Eat Clean 21 Hari

Bab 4 : Rancang Kurus Dengan Eat Clean

Bab 5 : Motivasi Dan Inspirasi

Biodata Penulis

06 September 2018

Pengenalan

Setiap kali menjelangnya tahun baru, ramai yang berazam untuk menurunkan berat badan kan?
Namun ramai juga yang azam hanya tinggal azam sahaja.

Di manakah silapnya?

Biasanya ramai yang nak turunkan berat badan secara drastik. Nak kurus cepat. Mulalah cari produk yang bukan-bukan sehingga memudaratkan badan.

Teman,
Nak kurus ni bukan ambil masa seminggu atau sebulan. Berat badan pun ambil masa bertahun-tahun untuk naik kan? Inikan pula untuk turunkan berat badan. Berikan tempoh tertentu untuk turunkan berat badan. Dan pastinya ada liku-liku dan cabaran di sepanjang perjalanan.

Apakah cara terbaik untuk turunkan berat badan?

Menurut pakar pemakanan, cara terbaik untuk turunkan berat badan ialah dengan melengkapkan semua makronutrien yang diperlukan oleh badan dengan betul. Kita akan belajar tentang makronutrien tersebut di dalam bab yang lain nanti.

Namun yang paling penting kita kena faham, menurunkan berat badan haruslah ada tempoh, ada sasaran dan ada perancangan.

Di dalam ebook ini saya kongsikan pengalaman saya sendiri menurunkan 20 kg berat badan dengan cara eat clean, senaman dan suplemen.

Pada pendapat saya, untuk turunkan berat badan, kita perlu jaga
-pemakanan 60%
-senaman/gaya hidup 20%
-suplemen 20%

Saya kongsikan serba sedikit kisah saya menurunkan berat badan dengan eat clean.

Proses mengandung, keguguran yang berulang, menyusu anak membuatkan saya sentiasa mencari alasan untuk tidak menghiraukan masalah berat badan saya. Namun pada suatu hari, saya berpeluang pergi ke Karnival Kesihatan yang dianjurkan oleh Shaklee, saya mendapati tahap Visceral Fat (lemak perut) saya di tahap yang paling tinggi dan membimbangkan.

Tanpa berlengah lagi saya mengambil keputusan untuk mencari seorang cikgu kurus yang boleh membantu saya menurunkan berat badan. Guru pertama saya ialah Cikgu Yun (Facebook Fatin Ayuni). Saya mengikut kelas kurus secara online selama 21 hari. Alhamdulillah, saya berjaya menurunkan 5 kilogram dalam masa 21 hari tu.

Dan seterusnya saya berguru lagi dengan pakar pemakanan, cikgu-cikgu kurus yang lain pula. Alhamdulillah saya berjaya menurunkan berat sehingga 20 kilogram dalam masa kurang dari satu tahun.

Rahsia?
Semua rahsia akan saya kongsikan di dalam ebook ini tanpa berselindung sedikit pun. Jika anda benar-benar ingin menurunkan berat badan, hadamlah ebook ini dan lakukan segala apa yang saya sarankan. Jika saya mampu, anda semua pun PASTI mampu melakukannya.

Biodata Penulis

Laila Ismail

Berasal dari Terengganu. Mempunyai 4 orang anak. Bekas jurutera di sebuah syarikat Jepun yang terkemuka di Johor. Kini menjalankan bisnes online dari rumah sepenuh masa sambil menjaga 4 orang anak di rumah. 

Sebagai seorang ibu, proses mengandung, menyusukan anak menjadikan satu alasan besar untuk tidak mengendahkan kenaikan berat badan sehingga ke tahap obesiti. Setelah tersedar diri dalam keadaan bahaya, beliau mengambil inisiatif untuk menurunkan berat badan secara sihat dan betul. 

Beliau berpengalaman menurunkan berat badan sehingga 20 kilogram dalam masa kurang setahun. Beliau ingin kongsikan pengalaman menurunkan berat cara sihat supaya lebih ramai yang berjaya mengurangkan berat badan tanpa perlu berlapar.

Semoga dengan perkongsian beliau secara terperinci ini berjaya membantu ramai orang mencapai berat ideal dan berat idaman masing-masing.


Kesilapan Besar Dalam Menurunkan Berat Badan

1. Berlapar/Makan Terlalu Sedikit

Sebenarnya berlapar atau makan terlalu sedikit akan menyebabkan berat badan langsung tidak turun atau makin naik. Ini adalah kerana kadar metabolisme akan menurun jika kita tidak makan. Apabila kita tidak makan dengan hidangan yang betul, kita akan terasa lapar dan tidak dapat mengawal nafsu makan. Akhirnya kita makan lebih banyak dan berat badan akan naik pula. Bukannya turun.

2. Makan Makanan Tertentu Sahaja

Pernah dengar DIET EPAL? Makan 1 biji epal je sehari. Atau makan sup sayur sahaja setiap hari. Lapar kan? Hanya sebiji epal tak mampu mengenyangkan kita, malah akan menyebabkan kadar metabolisme juga akan menurun. Kita mungkin akan turun berat badan hanya dengan 1 biji epal sehari tetapi kita akan kekurangan nutrien dalam badan dan menjadikan diri kita tidak sihat. Sebaiknya makan mengikut keperluan makanan yang betul, hanya perlu mengawal jumlah makanaan yang diambil.

3. Kawal Pemakanan Sepanjang Berdiet Sahaja

Sepanjang berdiet, kawal pengambilan makanan. Kurangkan gula, kurangkan garam dan mengambil jumlah makanan yang betul. Tetapi apabila sudah mencapai berat yang diingini, terus berlagak seperti orang tak makan 5 hari. Semua benda kita makan. Akhirnya diet tak kemana. Makin gemuk pula.
Kawal pemakanan bukan hanya semasa berdiet sahaja, ia seharusnya dilakukan secara berterusan. Bukannya langsung tidak boleh ambil makanan yang tinggi kalori sesekali, tetapi kena beringat-ingat. Jangan sampai lupa diri.

4. Elakkan karbohidrat seperti nasi dan roti

Ini memang saya pernah buat zaman bujang dulu.. Maklumlah kurang ilmu. Masa tu kurang pendedahan info secara online ni. Saya hanya makan nasi sekali seminggu sahaja. Berat memang turun sebab saya aktif bersenam.
Tapi yang silapnya, badan kita juga memerlukan karbohidrat. Cuma cara pengambilan karbohidrat tu kena pastikan ianya betul. Jika ambil nasi, hanya ambil segenggam tangan kita. 
Dan silapnya kita, tak ambil nasi tapi ganti dengan mee, kuey tiaw dan lain-lain. Sebenarnya nasi lebih baik berbanding mee tersebut jika diambil dengan cara yang betul.

5. Tidak Mencari Info Yang Betul Untuk Turunkan Berat

Saya juga pernah buat. Kurang info yang betul untuk turunkan berat badan.
Sepatutnya cari info yang betul dan tepat untuk menurunkan berat badan. Cari cara makan yang betul, senaman yang perlu untuk turun berat dengan sihat dan cepat.
Kalau ada jurulatih lagi bagus.

6. Malas Bersenam

Nak kurangkan berat badan hanya dengan cara kurangkan makan sahaja. Langsung tidak mahu bersenam. Sepatutnya bersenam menjadi rutin harian kita. Sekurang-kurangnya 4x seminggu dalam tempoh 30 minit setiap sesi.

7. Ambil Sup Sahaja

Ini memang kesilapan besar. Yang sebenarnya kita perlu makan isinya sama ada sup sayur ke, sup ayam ke, sup daging ke. Bukannya makan supnya sahaja. Amalan songsang dengan cara pemakanan yang betul untuk diet ni.

8. Salahkan Makanan Tambahan

Semasa mengambil makanan tambahan seperti protein untuk menurunkan berat badan, kita jaga jadual harian kita dengan senaman setiap hari dan makan dengan betul. Tetapi bila dah dapat berat idaman sepanjang mengambil makanan tambahan, kita kembali kepada tabiat lama kita. Lepas tu kita salahkan makanan tambahan tu yang membuatkan kita gemuk semula.
Biasa dengar tak?
Aku makan produk xxx dulu, bila dah stop je badan naik balik.
Biasa dengar kan? Padahal kita silap. Masa kita ambil makanan tambahan tu, kita punyalah jaga makan minum. Bersenam secara rutin. Lepas tu semuanya kita lupakan dan kita salahkan makanan tambahan tersebut sebab berat kita dah naik semula.

05 September 2018

Menu Eat Clean : Hari 18

Sarapan :


2 keping roti telur (french toast)

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Ayam bakar rempah

Resepi Ayam Bakar Rempah

Bahan-bahan :
1 keping dada ayam
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Serbuk kari
Serbuk cili
Serbuk paprika


Cara-cara :
Perap ayam dengan rempah kari, bawang putih, halia, serbuk cili dan paprika selama 30 minit.
Bakar di dalam kuali non stick.

Snek :

1 biji buah oren
3 keping dark chocolate
6-8 biji anggur

02 September 2018

Menu Eat Clean : Hari 17

Sarapan :


1 keping capati
2 biji telur rebus

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Daging bakar air asam

Resepi Daging Bakar Air Asam

Bahan-bahan

200-250g daging lembu
½ sudu besar serbuk kari
½ sudu serbuk kunyit
3-5 biji cili padi (boleh tambah jika suka pedas)
1 biji tomato
1 biji cili hijau
½ biji bawang besar , 2 ulas bawang putih
½ cawan air asam jawa / air perahan lemon
Garam gula secukup rasa

Cara-cara:
Daging Bakar
Marinate daging bersama-sama serbuk kunyit dan serbuk kari
Marinate selama 30min (min)
Bakar pada suhu 180c selama 12-15minit (bergantung kepada ketebalan daging)

Snek :

6-8 biji kacang badam
1 biji buah naga saiz sederhana
2 keping biskut oat

Menu Eat Clean : Hari

Sarapan :


Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi

Snek :

Menu Eat Clean : Hari 16

Sarapan :


2 keping roti bakar
1 sudu besar peanut butter (tanpa gula/kurang gula)

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
1 keping ikan salmon bakar (boleh tukar kepada ikan yang disukai)
Salad/Ulam-ulaman
Sedikit sambal belacan

Snek :

1 biji epal hijau
2 biji telur rebus
3 keping biskut cream cracker

20 August 2018

Menu Eat Clean : Hari 15

Sarapan :


1 keping capati
2 biji telur rebus
Salad

Hidangan Utama :

Bihun sup tanpa bahan perasa, MSG dan gula.

Snek :

1 biji buah naga saiz sederhana
6-8 biji kacang badam
2 keping biskut oat dan segelas susu

16 August 2018

Buat Duit Bisnes Gerai

Bagi mereka yang minat memasak, ebook Buat Duit Bisnes Gerai sangat sesuai untuk dijadikan panduan kerana penulis menceritakan langkah demi langkah bagaimana penulis dan suami melangkah ke dunia bisnes gerai hinggalah ke bazar Ramadan.

Pada hemat saya, antara faktor yang membantu penulis terus melangkah maju ialah sifat pemurah mereka dalam berkongsi ilmu, resepi, menyediakan makanan kepada yang memerlukan, mengagihkan makanan kepada anak-anak yatim dan pelbagai lagi. 

Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa penulis tempuhi, beliau tetap bersemangat untuk meneruskan bidang bisnes masakan yang beliau ceburi. Dikongsikan juga pelbagai inspirasi sebagai panduan untuk mereka yang ingin mulakan perniagaan makanan.

Didik Anak Cara Sunnah

E-book Didik Anak Cara Sunnah ini banyak mengajar perkara baru bagi saya tentang ilmu keibubapaan. Mungkin kita rasa kita dah hebat mendidik anak-anak melalui pengalaman, namun sebagai ibu dan bapa yang benar-benar bertanggungjawab, kita patut terus belajar tentang ilmu keibubapaan ini tanpa penghujung.

Sentuhan tentang energi dan perwatakan anak-anak benar-benar menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana ingin menyantuni anak mengikut perwatakan mereka. Bagi ibu yang sibuk, meneliti tentang perwatakan anak ini sangat kritikal. Namun ia sangat penting untuk memastikan kita benar-benar melayan dan mendidik anak kita mengikut keperibadian mereka.

Saya mengesyorkan semua ibu bapa untuk memiliki ebook ini supaya kita menjadi ibu bapa yang lebih mengenali dan memahami anak-anak yang sebenar-benarnya. InshaAllah.

14 August 2018

Amaran



1. Ebook ini adalah hak cipta terpelihara http://kurusdenganeatclean.blogspot.com/

2. Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedar atau menjual ebook ini kepada pihak lain

3. Sebarang tindakan yang menyalahi etika undang undang boleh dikenakan tindakan undang undang

4. Oleh itu hendaklah melaporkan kepada pihak admin sekiranya menerima ebook ini tanpa melalui http://kurusdenganeatclean.blogspot.com/ atau mana-mana pengedar online yang sah.

5. Tindakan anda amat dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan sebegini

6. Jika anda memilikinya secara tidak sah, saya tidak menghalalkan dunia dan akhirat.

7. Bagi kalian yang mahu serta mengedar ebook ini boleh mendaftar sebagai pengurus online.


Ikhlas

Laila Ismail
http://kurusdenganeatclean.blogspot.com/

13 August 2018

Menu Eat Clean : Hari 14

Sarapan :


Smoothie Epal

3 sudu besar protein ESP
100 ml susu segar
200 ml air sejuk
1 biji epal hijau
3-4 ketul ais

Hidangan Utama :

Rice Noodle Salad (Salad Bihun Perang)

Bahan-bahan
100-150 gram bihun perang
300 gram dada ayam yang direbus
2 biji cili api (boleh tambah jika suka pedas)
Sedikit hirisan serai/bunga kantan
Daun ketumbar
Air perahan limau nipis
1 sd kecil sos ikan
Cara-cara
1. Rendam bihun sehingga lembut.
2. Masukkan sos ikan, serai, air perahan limau, serai/bunga kantan.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Carikkan ayam dan masukkan ke dalam sos.
5. Gaul rata bersama-sama bihun yang telah lembut.
6. Tabur bawang goreng dan daun ketumbar sebagai perasa tambahan.

Snek :

3 keping dark chocolate
6-8 biji anggur
3 keping biskut cream crackers

Tetapkan Tujuan Untuk Turunkan Berat

Senaraikan 3-5 TUJUAN kita untuk turunkan berat badan. Ini adalah supaya kita terus bersemangat dan dapat menaikkan motivasi kita dalam menurunkan berat badan.

Contoh :-
1. Untuk kesihatan sebab kolesterol tinggi.
2. Sebab nak meningkatkan keyakinan diri kerana selalu diperli badan besar.


Saya kongsikan tujuan utama saya menurunkan berat badan. Pada mulanya memang sering sahaja nak turunkan berat, tapi selalu gunakan alasan menyusukan anak untuk tidak bersungguh-sungguh. Selepas saya mendapati tahap lemak perut (Visceral Fat) di dalam badan saya adalah kategori terlalu tinggi, saya mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan saya secara eat clean.

1. Sebab visceral fat terlalu tinggi. Visceral fat ni boleh memberikan risiko tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, sakit jantung dan pelbagai lagi penyakit kronik. Takut sungguh saya waktu itu.

2. Selalu rasa penat melampau. Saya perlu cergas kerana saya menguruskan bisnes dari rumah sambil menjaga anak-anak sendiri di rumah.

3. Supaya senang nak beli baju. Kalau badan besar ni tersekat sana sini. Memang membuatkan kita stres juga dalam memilih baju.


08 August 2018

Menu Eat Clean : Hari 13

Sarapan :


Banana French Toast


Bahan-bahan
2 keping roti wholemeal / wholegrain
1 biji telur
2 tsp serbuk kulit kayu manis (optional)
½ biji pisang

Cara-cara
Pukul telur dan serbuk kulit kayu manis
Celup roti kedalam telur
Bakar roti atas pan fry
Makan bersama-sama pisang

Hidangan Utama :

Nasi Ayam Bersih


Bahan-bahan (untuk nasi)
2 sd besar olive oil
3 ulas bawang putih - cincang
halia muda - cincang
1 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil sesame oil
Garam sebagai perasa

Bahan-bahan (untuk ayam)
300-350g dada yang sudah bersih
4 ulas bawang putih, dihiris
1 sudu besar sesame oil
1 sudu besar liquid amino / kicap cair
Halia dihiris halus
Daun bawang sebagai perasa tambahan

Snek :

1 biji epal hijau
6-8 biji kacang badam
3 keping biskut jagung

Menu Eat Clean : Hari 12

Sarapan :


Overnight oat campuran buah beri

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Kerabu makanan laut

Resepi Kerabu Makanan Laut


Bahan-bahan
Bawang merah - dimayang
Kacang panjang - dipotong
Serai (2-3 batang) - dihiris nipis
Lada (5-10 biji) - dipotong
Bunga kantan (1 batang) - dihiris nipis
Limau nipis (2 biji) - diperah
Gula - secukup rasa (dilarutkan dalam perahan limau nipis)
Udang & sotong (150-200g) - direbus sehingga masak, sotong dipotong nipis2
Daun salad/timun jepun/tomato

Cara-cara :
Gaul semua bahan bahan sehingga rata

Snek :

1 cawan Greek Yogurt
3 keping coklat gelap
1 biji oren

Fakta Lemak Yang Ramai Orang Tak Tahu

Sebelum memulakan program diet, seelok-eloknya kita perlu ambil tahu tentang apa yang badan kita perlukan dan fakta tentang lemak dalam proses menurunkan berat badan. Jadi kita tidaklah diet dengan cara yang salah kan?
Salah satunya perkara yang WAJIB kita ambil tahu ialah tentang LEMAK. Kita semua tahu bahawa lemak ni menyumbang kepada kegemukan seseorang.
Tapi tahukah anda yang
  • LEMAK ini umpama benda hidup?
  • LEMAK ini tidak mungkin akan keluar dari badan kita selamanya?
  • LEMAK ini hanya boleh mengembang dan mengecil sahaja? Umpama BELON!
  • LEMAK ini memang sangat membahayakan? Yang ini je kan biasanya kita ambl berat. Dan kita cuba sedaya upaya menyingkirkan lemak dari badan dengan pelbagai cara.
1. Jumlah sel lemak adalah sama sahaja cuma sel lemak akan mengecil apabila kita menjaga pemakanan dan gaya hidup aktif.
2. Sel lemak akan mengembang jika kita tidak aktif, kesannya berat badan akan bertambah.
3. Sel lemak ini akan terus bertambah dari masa ke semasa jika kita makan makanan yang berlemak. Kesannya, kalau kita ada masalah berat badan, maka makin bertambahlah berat badan kita.
4. Sel lemak terbina sejak kita dalam kandungan lagi dan harus dikawal di awal usia kanak-kanak. Oleh kerana itulah ibu bapa dinasihatkan supaya menjaga pemakanan anak-anak agar tidak obes.
5. Jika kita mengalami masalah obesiti sejak kecil, adalah tidak mustahil kita akan terus obes sehingga dewasa jika tidak mengubah cara hidup dan pemakanan. Kenapa? Kembali kepada teori no 1, 2 dan 3 di atas.
Jadi,

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mencegah Sel Lemak Bertambah atau Mengembang?

Amalkan gaya hidup sihat dan aktif

Jika pernah mengalami obesiti, dan berjaya turunkan berat badan ke berat ideal, adalah tidak mustahil akan kembali obes jika tidak dijaga. Sebab? Sebab sel lemak kan tidak pernah berkurang. Ingat tak? Ia akan mengembang semula dan akan menyebabkan pertambahan berat badan.

Elakkan Makanan Berlemak

Dalam usaha mengelakkan sel lemak bertambah, kita harus menjaga pemakanan kita. Kerana dari pemakanan sel lemak akan bertambah dan semakin bertambah.
Kesimpulannya yang perlu kita ingat ialah SEL LEMAK INI TIDAK PERNAH BERKURANG, ia kekal dalam jumlah yang sama sejak kita kecil. Cuma yang membezakan kita gemuk atau kurus ini adalah sel lemak itu kecil atau sedang mengembang.

07 August 2018

Cara Mengira Keperluan Kalori Harian (DCR)

Sebelum kita menentukan nilai keperluan kalori harian kita (DCR), kita perlu mengetahui dahulu berapakah nilai tenaga minimum yang diperlukan oleh badan kita untuk hidup yang dikenali sebagai Basal Metabolic Rate (BMR).

Nilai BMR ini juga termasuk kalori yang diperlukan untuk kita tidur, bernafas, degupan jantung dan lain-lain. Jika tenaga (nilai kalori) yang kita ambil kurang daripada BMR, ia boleh mengganggu sistem badan kita.

Cara Mengira Keperluan Kalori Harian


Langkah 1 :

Biasanya kita gunakan formula di bawah untuk menentukan nilai BMR terlebih dahulu.

Lelaki
BMR = (10 x Berat (kg)) + (6.25 x Tinggi (cm)) - (5 x Umur) + 5

Perempuan
BMR = (10 x Berat (kg)) + (6.25 x Tinggi (cm)) - (5 x Umur) - 161

Langkah 2 :

Darabkan BMR yang kita dapat di Langkah 1 dengan kadar aktiviti harian anda. Hasil darab inilah yang dipanggil DCR.


Pasif BMR x 1.2 (Kurang/tidak bersenam lansung)
Aktif = BMR x 1.375 (Bersenam/bersukan 1 hingga 3 kali seminggu)
Sederhana Aktif BMR x 1.55 (Bersenam/bersukan 3 hingga 5 kali seminggu)
Sangat Aktif = BMR x 1.725 (Bersenam/bersukan 6 hingga 7 kali seminggu)
Terlalu Aktif = BMR x 1.9 (Melakukan senaman atau latihan kecergasan fizikal yang berat dan kerap setiap hari)

Cara Mengukur Saiz Hidangan Dengan Menggunakan Tangan


Menu Eat Clean : Hari 11

Sarapan :


1 keping capati
2 biji telur rebus
Salad 

Hidangan Utama :

Resepi Spaghetti/Pasta Aglio Olio


Bahan-bahan
100g spaghetti/pasta
2-3 biji bawang putih
1-2 cili kering/cili padi
200g udang
Serbuk cili (optional)
1 sudu olive oil

Cara-cara
Panaskan olive oil dan tumiskan garlic dan cili kering sehingga naik bau
Masukkan udang dan tunggu sehingga masak
Masukkan pasta dan taburkan serbuk cili (optional)

Snek :

1 biji oren
6-8 biji kacang almond
1 cawan Greek Yogurt

Menu Eat Clean : Hari 10

Sarapan :


Oat Honey Pancake

Bahan-bahan
½ cup rolled oats
1 biji telur
1 tsp vanilla extract/essence
1 tsp cinnamon powder (optional)
½ cup fresh milk

Cara-cara :
Campurkan semua bahan dan blend sehingga menjadi adunan yang sekata
Panaskan non stick pan dan tuangkan adunan
(Pastikan adunan tidak begitu lembik)

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Salad udang

Resepi Salad Udang


Bahan-bahan
150-200g udang yang direbus dan dibuang kulit
Tomato mini
Timun Jepun
Avocado/Epal
1 sudu besar greek yogurt (plain)
Air perahan limau (jika suka masam)
Cili api (jika suka pedas)

Cara-cara
Masukkan semua bahan dan gaul rata.

Snek :

6-8 biji kacang almond
6-8 biji anggur
3 keping kecil dark chocolate

Menu Eat Clean : Hari 9

Sarapan :


Energy Smoothie

Kisar kesemua bahan dan minum.

1 biji pisang
2 sudu besar rolled oats
1 sudu teh serbuk cinnamon (jika ada)
150ml fresh milk
1 sudu besar chia seed
3-4 ketul ais batu

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Ikan singgang pedas

Resepi Ikan Singgang Pedas


Bahan-bahan
150-200g ikan tenggiri/salmon/tilapia/kembung
3 biji cili hijau,
2 biji cili api (optional)
1 keping asam gelugor
1 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, dititik
Air secukupnya
1/4 sudu teh serbuk kunyit
Secubit garam

Cara-cara :
Ikan tenggiri cuci bersih dan toskan.
Masukkan air secukupnya dalam periuk, anggaran 800 ml
Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk
Masak sehingga ikan masak.

Snek :

1 potong nenas
1 biji epal hijau
2 keping biskut oat

Menu Eat Clean : Hari 8

Sarapan :


Big Breakfast
2 keping roti wholemeal/wholegrain
1 sd besar baked beans (optional)
2 biji telur goreng mata lembu
Salad baby butterhead

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Ayam bakar beriani/kari

Resepi Ayam Bakar Beriani/Kari


Bahan-bahan
1 bahagian dada ayam
2-3 sudu kecil rempah beriani/serbuk kari
2 sudu besar yogurt

Cara-cara
1. Gaulkan rata ayam bersama paprika dan yogurt
2. Bakar menggunakan pemanggang dengan 1 sd besar olive oil.

Snek :

1 potong tembikai
3 keping biskut cream cracker
1 cawan Greek Yogurt

06 August 2018

Menu Eat Clean : Hari 7

Sarapan :


Smoothie pisang

Campurkan bahan-bahan berikut dan blend.
100 ml susu segar
1 biji pisang
1 sudu besar chia seed

Hidangan Utama :

Nasi Goreng Cina Clean

Resepi nasi goreng cina clean


Bahan-bahan
100g nasi beras perang
300g ayam dipotong dadu
Secubit garam
Sayur campur atau sayuran pilihan
Bawang putih, bawang merah utk menumis
1 sudu teh serbuk lada hitam

Cara-cara :
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan bawang merah.
Masukkan ayam dan tunggu sehingga masak.
Masukkan  dan gaul sekata bersama ayam
Masukkan nasi dan sos ikan/liquid amino
Taburkan serbuk lada hitam untuk perasa tambahan

Snek :

1/2 biji buah naga
6-8 biji kacang badam
2 keping biskut oat

Benarkah Karbohidrat Adalah Penyebab Kegemukan?


Ramai di antara kita yang ingin menurunkan berat badan cuba elak untuk mengambil karbohidrat kan?

Benarkah karbohidrat penyumbang utama kepada kegemukan?

Cuba kita tengok FAKTA ini. 1 gram karbohidrat dan protin, masing-masing menyumbangkan 4 kcal sahaja sementara lemak menyumbang 9 kcal.

-1 gram karbohidrat menyumbangkan 4 kcal
-1 gram protin menyumbangkan 4 kcal
-1 gram lemak menyumbangkan 9 kcal

Maksudnya, karbohidrat dan protin ni jika diambil berlebihan, kedua-duanya boleh menjadi punca kegemukan.

Dan yang pasti, lemak adalah penyumbang terbesar dalam menentukan kenaikan berat badan kita. Jika kita ambil lemak berlebihan, makin cepatlah berat badan bertambah.

Jadi, dah tahu fakta ni jangan salahkan karbohidrat lagi tau.

Menu Eat Clean : Hari 6

Sarapan :


Smoothie epal

Blend kesemua bahan dan sedia diminum
3 sudu besar protein ESP
100 ml susu segar
200 ml air sejuk
1 biji epal hijau

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Ayam bakar herbs

Resepi Ayam Bakar Herbs


Bahan-bahan
300-350g dada ayam
1 sudu besar minyak zaitun
Oregano
Rosemary
Lemon-untuk perahan dan 2 hiris untuk dibakar bersama ayam
1 biji bawang putih
Black pepper (optional)

Cara-cara 
Perap ayam dengan kesemua bahan sekurang-kurangnya 4 jam.
Bakar dalam oven 10-12 minit atau bakar di dalam kuali non stick sehingga masak.

Snek :

6-8 biji anggur
3 keping biskut cream crackers
1 biji buah naga saiz sederhana

Cara Mengira Kalori Makanan

Masih ingat lagi cerita tentang kalori di bab 2?
Makanan yang masuk ke dalam badan kita dipanggil kalori atau tenaga. Berapa banyak kalori yang masuk ke dalam badan kita inilah yang akan menentukan berat badan kita naik, turun atau kekal.

Jom kita belajar cara kira kalori makanan. Saya ambil contoh sarapan pagi ya.

Sarapan biasa rakyat Malaysia


Nasi lemak 389 kcal (230 gram)
Ayam goreng 283 kcal (1 ketul 120 gram)
Teh tarik 140 kcal (250 ml)

Jumlah kalori : 812 kcal


Rujukan : http://kalorimakanan.com

Sarapan eat clean


2 keping roti Gardenia wholemeal 153 kcal
2 biji telur rebus 154 kcal
1 cawan salad 5 kcal
1 sudu besar roasted sesame dressing 63 kcal

Jumlah kalori : 375 kcal


Rujukan : https://www.myfitnesspal.com/

Nampak tak perbezaan kalori yang sangat ketara di antara kedua-dua sarapan pagi ni. Kalau dikira dari segi tahap kenyang, mungkin sarapan pagi yang biasa tu memang kenyang betul.

Tapi harus diingat, sarapan biasa tu akan membuatkan kita cepat lapar manakala sarapan eat clean tu membuatkan kita kenyang lebih lama.

Kenapa tu?

Haaa.... ni ada kaitan dengan Glisemik Indeks (GI). Nanti kita belajar tentang Glisemik Indeks pula ya.

Menu Eat Clean : Hari 5

Sarapan :


Roti telur (French toast)
2 keping roti gandum penuh
2 biji telur

Rendam roti di dalam telur.
Bakar di atas kuali non stick sehingga masak

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Ayam bakar crispy

Resepi Ayam Bakar Crispy


Bahan-bahan
300-350g dada ayam
2-3 sudu oat/rolled oat yang dikisar
1 sudu kecil paprika, 1 sudu kecil cayenne, 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur

Cara-cara
Gaulkan rolled oat bersama serbuk perasa yang telah ditetapkan
Celupkan dada ayam ke dalam telur
Salut dada ayam dengan oat.
Bakar dalam oven selama 12-14 minit pada suhu 180C atau bakar di dalam kuali non stick sehingga masak.

Snek :

1 biji epal hijau
1 cawan Greek Yogurt
3 keping biskut cream crackers

Menetapkan TARGET Berat Yang Ingin Diturunkan

1. Perlu ada tempoh atau masa tertentu untuk capai target.
Letakkan tempoh dalam masa 3 bulan atau 6 bulan atau setahun.

2. Logik dan boleh dicapai.
Target berat yang ingin diturunkan perlulah logik dan boleh dicapai.

Contohnya
Logik : 10 kg dalam masa 5 minggu.
Tak logik : 10 kg dalam masa 10 hari.

Usah terburu-buru untuk capai berat idaman kerana proses penurunan berat badan sememangnya memerlukan masa. Berat yang naik pun ambil masa kan? Bukannya berat kita boleh naik dalam masa 10 hari 10 kg? Betul tak?


3. Boleh diukur.
Berat yang ingin diturunkan mestilah boleh diukur. Bukannya setakat kata nak kurus, nak kurus sahaja.

05 August 2018

Langkah Demi Langkah Menurunkan Berat Badan

1. Tetapkan TARGET

2. Tetapkan tujuan untuk turunkan berat.

3. Jaga masa makan.

4. Disiplin dan semangat yang tinggi.

5. Jaga jumlah kalori mengikut keperluan badan.

6. Menjaga nafsu makan.

7. Istiqamah

Menu Eat Clean : Hari 4

Sarapan :


1 keping wrap wholemeal
2 biji telur rebus

Hidangan Utama :

1/2 cawan nasi
Ikan kukus lemon

Resepi Ikan Kukus Lemon

150-200g ikan tenggiri/kembung
Hirisan lemon
Air perahan lemon
1 sudu kecil sos ikan
Hirisan serai, halia, bawang putih dan bawang besar
Cara-cara :
Masukkan semua bahan ke atas ikan.
Kukus ikan di dalam pengukus selama 10-15minit/sehingga masak

Snek :

6-8 biji kacang badam
1 biji buah oren
2 keping biskut oat
1 cawan teh hijau

Menu Eat Clean : Hari 3

Sarapan :

2 keping roti gandum penuh
1 sudu besar peanut butter


Hidangan Utama :

1 cawan nasi
Salad ayam

Resepi Salad Ayam

Bahan-bahan

1 keping dada ayam
Serbuk cayenne/oregano/paprika
Salad/brokoli celur

Cara-cara 

Perap ayam dengan bahan perencah
Bakar di dalam oven selama 10 minit/sehingga masak
Potong ayam yang telah dibakar dan masukkan ke dalam salad/brokoli.

Snek :

2 keping biskut oat
1 cawan Greek Yogurt
1 biji epal hijau

03 August 2018

Menu Eat Clean : Hari 2

Sarapan :

Overnight oat

Snek Pagi :

1 cawan greek yogurt
1 cawan teh hijau

Makan Tengah Hari : 

1 cawan nasi putih
Ayam panggang yogurt

Bahan-bahan

1 keping dada ayam
2-3 sd besar yogurt
1-2 sd teh serbuk cili halus/kasar
1-2 ulas bawang putih (cincang)

Cara-cara 

Perap ayam dengan semua bahan
Bakar di dalam oven selama 10-12 minit atau di dalam kuali sehingga masak.

Snek Petang :

6-8 biji kacang badam

Snek Malam :

1 biji oren
1 gelas air masak

Kenapa Perlu Detoks Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Berkesan?

Apakah itu detoks?

Detoks ialah proses menyingkirkan bahan toksin dan beracun dari badan.

Kenapa Perlu Detoks Sebelum Turunkan Berat Badan?


Dalam proses menurunkan berat badan, sebaik-baiknya kita buang toksin dahulu supaya berat badan yang kita dah turunkan tu akan terus kekal dan tidak akan cepat naik semula.
Ini adalah kerana dengan melakukan proses detoks, nutrien akan dibekalkan dengan cukup sepanjang proses penurunan berat badan. Lemak hilang dan disingkirkan bersama-sama toksin. Selepas toksin disingkirkan, tahap kesihatan menjadi lebih baik dan penurunan berat badan yang telah kita capai itu akan kekal.
Sebaliknya, jika kita menurunkan berat badan TANPA DETOKS, nutrien tidak mencukupi disebabkan diet yang kita amalkan. Lemak akan hilang tetapi toksin masih ada dalam kepekatan yang tinggi. Badan akan bertindakbalas terhadap toksin yang tinggi dan lemak akan disimpan semula. Kenapa lemak ini disimpan semula? Kerana lemak berfungsi untuk melindungi badan dari ancaman toksin/racun yang jahat. Akhirnya kita kembali gemuk dan berat badan meningkat semula (yo-yo).
Sedih bukan?
Pasti kita ingin kekalkan berat badan selepas berhempas pulas menurunkannya kan?
Jadi, mahu atau tidak, kita hendaklah buat detoks dahulu. 

02 August 2018

Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Ingin Menurunkan Berat

1. Elakkan makanan yang diproses seperti nugget, ayam goreng sejukbeku, burger dan yang seumpama dengannya.

2. Elakkan makanan segera seperti KFC, Pizza Hut dan lain-lain.

3. Elakkan makan di luar atau kurangkan kekerapan makan di luar. Cuba untuk masak sendiri di rumah.

4. Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak.

5. Elakkan gula putih, roti putih, nasi putih. Gantikan dengan madu atau stevia, roti gandum penuh dan nasi beras perang.

Perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Menurunkan Berat Badan Dengan Eat Clean

1. Masak sendiri di rumah untuk mengawal penggunaan garam, gula dan bahan perasa.
-Gula yang berlebihan akan ditukarkan kepada lemak.
-Garam dan bahan perasa yang berlebihan akan menyebabkan badan menyimpan air yang banyak di dalam badan.

2. Usahakan untuk membawa bekal ke pejabat.

3. Makan pada waktu yang tetap setiap hari.

4. Makan 5 - 6 sehari dengan saiz hidangan yang kecil.

5. Makan secara seimbang iaitu kombinasi karbohidrat, protin, lemak dan serat di dalam setiap hidangan.

Menu Eat Clean : Hari 1

Sarapan : 

2 keping roti wholemeal
2 biji telur rebus

Snek Pagi :

1 biji epal hijau
1 cawan teh hijau

Makan Tengah Hari : 

1/2 cawan nasi putih
Tomyam seafood/ayam

Resepi Tomyam Seafood/Ayam

Bahan-Bahan

150-200g seafood/250-300g dada ayam
1 bj cili besar merah
2-3 bj cilia pi
1 bj bawang besar
1 bj tomato
2-3 helai daun limau purut
(blend semua bahan)
Serai-ketuk
1-2 hiris lengkuas
Bunga kobis/sayuran

Cara-cara 

Tumis semua bahan blend bersama serai dan lengkuas.
Masukkan seafood/ayam.
Masukkan air dan bunga kobis/sayur-sayuran
Masukkan sedikit garam/sos ikan dan asam keeping.

Snek Petang :

1 biji buah oren

Snek Malam :

3 keping biskut cream crackers
100 ml susu segar

Memasak Cara Eat Clean

1. Gunakan minyak zaitun untuk memasak.

2. Banyakkan memasak secara grill, kukus dan rebus.

3. Gunakan garam dalam kuantiti yang sedikit.

4. Elakkan penggunaan gula dan bahan perasa semasa memasak.

5. Gunakan rempah ratus seperti lada hitam, serbuk cili, cajun, paprika, rempah kari untuk memberikan rasa kepada makanan tanpa menggunakan garam.

Perkara Yang Wajib Anda Tahu Untuk Kuruskan Badan

Apa yang menyebabkan berat badan kita bertambah?

Jom kita pelajari dengan lebih dalam tentang perkara asas dalam menurunkan berat badan. Jika kita tahu asas menurunkan berat badan ni, kita mudah untuk mengawal kenaikan berat badan kita.

Percayalah!

Apakah itu TENAGA?

1. Tenaga juga dikenali sebagai kalori. Jadi tenaga dan kalori adalah benda yang sama sahaja.

2. Unit bagi tenaga/kalori ialah kcal atau kjoule. Di Malaysia, kita biasa gunakan kcal.

3. Asas bagi kenaikan atau penurunan berat badan ialah keseimbangan tenaga. Saya gunakan perkataan tenaga ini kepada kalori ya. Sebab kita selalu dengar kalori berbanding tenaga. Jadi lebih mudah faham.

4. Kenaikan berat badan adalah hanya disebabkan oleh 3 makronutrien utama yang kita makan setiap hari iaitu
-karbohidrat
-protin
-lemak

5. Jumlah tenaga yang disumbangkan oleh 3 makronutrien di atas.
-1 gram karbohidrat menyumbangkan 4 kcal
-1 gram protin menyumbangkan 4 kcal
-1 gram lemak menyumbangkan 9 kcal

Jadi, lemak adalah sebenarnya penyumbang utama kepada kegemukan kerana pengambilan lemak yang tinggi akan menyebabkan kalori yang kita ambil semakin bertambah.

Ramai di antara kita yang ingin menurunkan berat badan cuba mengelak daripada makan nasi atau karbohidrat. Ternyata tanggapan ini adalah salah sama sekali kerana karbohidrat dan protin adalah sama sahaja, menyumbang 4 kcal untuk setiap 1 gram karbohidrat atau protin yang kita ambil.

Konsep Eat Clean

Eat Clean
Apakah yang dimaksudkan dengan Eat Clean?

Eat Clean ialah cara pemakanan sihat yang merangkumi semua aspek makronutrien yang diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, protin, lemak dan serat.

Mari kita fahami dahulu apakah dia konsep Eat Clean ni.

1. Makan dengan portion yang betul iaitu
1/4 karbohidrat
1/4 protin
1/2 serat

2. Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan seharian. Utamakan sayur-sayuran dan buah-buahan organik.

3. Tukar jenis makan daripada nasi putih kepada nasi beras perang, roti putih kepada roti gandum penuh.

4. Kurangkan pengambilan gula dan garam di dalam hidangan.

5. Makan pada waktu yang tetap setiap hari.
Sarapan pagi : 6.30 pagi - 8.30 pagi
Snek pagi : 9.30 pagi - 10.30 pagi
Makan tengah hari : 12.00 - 2.00 petang
Snek petang : 3.30 - 5.00 petang
Makan malam : 6.00 petang - 8.00 malam
Snek malam 10.00 - 10.30 malam

6. Ambil lemak sihat seperti kekacang, avocado, minyak zaitun dan telur.

7. Pilih makanan dan bahan-bahan semulajadi dan organik kerana ia lebih mudah diproses oleh badan kita.

8. Minum air masak 2 - 3 liter sehari. Setiap 25 kg berat badan, anda digalakkan minum air masak sebanyak 1 liter.

01 August 2018

Bab 6 : Biodata Penulis

Pengalaman Kurus Dengan Eat Clean

Untuk pengetahuan anda, 2016 adalah tahun yang paling bermakna buat saya kerana telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 20 kilogram.

Nak tahu apa RAHSIA saya?

1. Amalkan menu eat clean tanpa culas.
2. Bersenam sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu.
3. Amalkan suplemen semulajadi tanpa jemu.
4. Berguru dengan cikgu-cikgu diet yang mempunyai pengalaman dalam menurunkan berat badan yang banyak dan Dietitian yang berpengalaman (secara online sahaja).

Berikut ialah cikgu-cikgu diet saya
-Cikgu Yun (FB : Fatin Ayuni)
-Cikgu Aizat (FB : Aizat Razak)
-Cikgu KhairulDietitian (FB : Mohd Khairul Azuan).

Alhamdulillah, semua ini telah membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan saya.

Percayalah!

Tiada cara yang mudah dan cepat dalam menurunkan berat badan. Semuanya perlu ambil masa dan usaha kerana untuk dapat hasil yang manis.

Semoga dengan perkongsian saya ini dapat membantu anda untuk memulakan/meneruskan perjalanan diet anda tanpa jemu.